Tuesday, March 20, 2012

melupakan

hello peeps! ^_^

 sempurna?  yang pasti itu bukan sifat kita semua yang menumpang di bumi ciptaan Tuhan neh.  hey Dyla!  jangan nak berangan jadi sempurna sebab kau tau kau tak layak menjadi sempurna sebab kau tak pernah kenal erti kesilapan.

sedangkan kesilapan itulah guru terbaik dalam hidup tapi kenapa kau takut sangat nak menghadapi kesilapan sendiri Dyla?  okay, itu semua ceritera lama.  Tuhan Maha Adil.  Dia bagi kita dugaan, Dia uji kita mengikut kemampuan diri kita dan Dia bagi kita peluang untuk melakukan kesilapan supaya semua itu mengajar kita apa itu HIDUP.

manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat, lagi nak menyalahkan itu dan ini.  apa boley buat, itulah manusia dan itulah AKU.


setelah cuba sedaya dan upaya memahami definisi hidup dan apa itu KESILAPAN, satu kesedaran yang pasti, Dyla perlu belajar pulak macam mana nak MELUPAKAN.  melupakan setiap inci hempedu dalam hidup.  



umur sekadar beralaskan angka dan bukanlah faktor yang mendewasakan manusia.  MELUPAKAN, MELEPASKAN dan MEMAAFKAN kesilapan lalu yang membezakan seseorang itu.


kepada KESILAPAN-KESILAPAN ku yang lalu, terima kasih banyakbanyak kerana mengajar Dyla erti hidup yang hakiki dan terima kasih kerana membukak mata neh untuk melihat dunia secara optimis, positif dan realistik.


kepada KESILAPAN-KESILAPAN ku yang lalu, maafkan diri ini kerana kini diri ini telah belajar MELUPAKAN mu.  melupakan mu untuk melangkah dan berganjak ke dimensi baru.  semoga kita tidak bertemu lagi untuk kedua kalinya wahai KESILAPAN-KESILAPAN ku yang lalu.


 kepada KESILAPAN-KESILAPAN ku yang lalu,  ketahuilah bahawa diri ini dah lama MEMAAFKAN mu. 


 DAN....


terima kasih Tuhan kerana memberi yang TERBAIK setelah kau ambil yang BAIK sebelum ini.  Kau lebih tahu perincian hidup ini.  

ALHAMDULILLAH...





terima kasih Tuhan kerana Kau bagi dia untuk aku.  semoga diri ini lebih mengenal hidup bersamanya nanti.

INSYAALLAH...


***  manusia semua pun melakukan kesilapan dan kesilapan itu merangkumi kesilapan diri sendiri dan dan dan...  KESILAPAN DARI MANUSIA yang pernah menyakiti hati ini. MELUPAKAN adalah alternatif terbaik.  tapi melupakan je tak cukup,  MEMAAFKAN  kesilapan itu perlu jugak diambil kira.  

AND...

YES!!!  Dyla dah belajar MELUPAKAN dan MEMAAFKAN kesilapan-kesilapan itu.



-the end-