Friday, September 16, 2011

hati berkata...

hello peeps ^_^

selamat hari raya aidilfitri kawan kawan! hamboiii taknak lambat pulak wish kan. hehe. hmm lately sangat busy sebenanya tu yang agak    sunyi   sepi jea belog neh.  okayyy...  now lets proceed to the main topic of this entry (:  

bila hati berkata...

ya!  aku rindu sangat kau wahai jejaka...
ya!  aku hendak dan ingin sesangat kau ada denganku sekarang wahai jejaka...
ya!  aku ingin sangat mendengar khabar darimu wahai jejaka...
ya!  aku yakin hatiku masih untukmu wahai jejaka...
ya!  aku rindu suaramu wahai jejaka...
ya! aku amat merindui saat kau pegang erat tanganku di saat suka dan duka aku bersamamu wahai jejaka...
ya!  AKU RINDU SEMUA TENTANG DIRIMU WAHAI JEJAKA!





orang cakap... cinta tak perlu dicari kerana ia akan datang dengan sendirinya bila tiba waktunya...  namun, cinta jugak takkan   datang     hadir jika tiada usaha...  bukankah mencari cinta itu lebih baik berbanding hanya diam menunggu tanpa hala tuju yang pasti?  manusia, secara    amnya    zahirnya memerlukan cinta dalam erti kata yang lain, seseorang yang dengan ikhlas hati menyayangi dirinya bukan dengan paksaan mahupun kepura-puraan...  bagi aku... cinta dan sayang itu sesuatu yang amat berbeza yang harus bijak didefinasikan oleh seseorang individu itu...  ada individu yang mudah menyukai seseorang itu, namun hakikatnya dia amat susah untuk menyayanginya... tetapi ada juga individu yang mudah menyayangi namun mudah juga mencari pengganti di kemudian hari...  berbeza pula situasinya dengan individu yang susah untuk menyayangi seseorang itu, namun sekali hati berkata sayang maka dialah insan yang paling terluka di saat si dia berlalu pergi dan saat itu jugalah dia amat sukar untuk menghapuskan rasa sayang itu...


inilah serba sedikit luahan hati aku di saat aku terlalu merindui sekeping hati yang kini telah berlalu pergi dari hidupku... jadi, terpulanglah kepada individu itu untuk memilih jalan cinta hidup mereka masing-masing... adakah mereka tergolong dalam individu yang mudah menyayangi   dan mudah mencari pengganti atau sebaliknya? hanya individu yang merasainya sahaja yang tahu...dan... bila HATI BERKATA...  percayalah pada kata hati itu dan yakin dengan ketentuan Ilahi... 





keep in faith that there is someone made for everyone...



-the end-