hello peeps! ^_^
Assalamualaikum pembuka bicara. Takde pape yang special pun untuk entry kali neh. By the way, nak jerit kuat-kuat neh Selamat Berpuasa to all Muslims in the world! Well, as usual time puasa neh laa azam dan semangat aku untuk menjaga kesihatan membuak-buak. Ehh! Dylaa kau menjaga kesihatan ke doh? hahaha! Kenapa rasa macam dah lari topik neh cik Dylaa oiii?
Okay now let's proceed to the main topic. hee. Dah kata pun bulan puasa kan. So, disini memang seboleh-bolehnya laa aku nak mengambik kesempatan nak memperbaiki kekurangan diri ini. Ecewah! Ayat kau taknak lagi puitis and sadis pulak kan Dylaa? Nak kemana sedih-sedih sangat ayatnya hah? hahahha! :D
Aku dah set aim yang begitu jitu yea dengan harapan benda neh dapat memotivate diri aku supaya segala effort aku neh berbaloi. Orang kata biar ada usaha walaupun usaha itu menampakkan hasil yang sikit. Takpe pelan pelan kayuh yea :) Tapi agak kecewa sikit laa sebab aku start "membaiki kelemahan diri" neh pun dah 2 minggu puasa kan so hasilnya maybe tak seBEST yang diharapkan. Sokay-sokay. Korang mampu nak buat macam aku? hee ;p
*okay, habes dah cerita pasal azam dan semangat jitu aku sempena bulan Ramadan neh *
Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan neh, nak laa jugak aku share something yang berguna untuk stalker belog aku neh. hiksss! sedikit pesanan dari penaja :
i. Bagi yang cukup sifat or in other words, sempurna segala-galanya PUASA biarlah PENUH yea. Wey malu dohhh kau dah besar panjang ada pulak tu yang dah tua tahap bangka tak sedar-sedar diri ponteng puasa. Paling tak boley terima KAUM ADAM pulak tu. uhhh sangat laa DAMN! -_-"
ii. Kepada kaun hawa yang DIHARUSKAN eh eh silap WAJIB BERCUTI tu, mohon jasa baik jangan laa makan terang-terangan tau. Jangan laa sedap sangat duk togok air dalam kereta or drive thru sebentar pastu nganga mulut sebesar-besar alam sambil diperhatikan pemandu yang lain. Serious shit malu ngeng! Kokye pun mu tu open ngat, agak-agak laa der! Show some respect ye si cantik manis. hee :D
iii. Encik da BOMB sangat menjadi trend di bulan puasa neh nak-nak raya is around the corner. Bagi aku tak salah and bertambah bermakna kot raya dengan adanya mercun bagai. Nampak je aku acah-acah ayu tapi jiwa kental main mercun kot! Tapi main pun main jugak, mohon beringat sikit yea adik-adik kang tak pasal-pasal hilang itu la ini laa. Nak carik spare part memang tak jumpa dah. Hilang sekali tak mungkin berganti. Hamekkk! Ayat cintan dah mai dah! hikss!
iv. Kawal lah nafsu anda-anda semua sebaik mungkin ye. Dah nama pun bulan puasa kan nafsu MAKAN memang tak dapat dibendung wey! Makan tak salah tapi belajar lah berpada-pada ye uolsss! Sebut pasal nafsu makan, turut mempengaruhi ialah nafsu BERBELANJA. Pikir logik la deyyy! Dah kalau sekali ke bazaar Ramadan uolsss spent duit about RM10++ bayangkan sebulan? Then tak termasuk lagi belanja shopping baju, kasut, handbag, kuih raya and blablabla.... Perghhhh! Sumpah dasyat! Jadi belajar laa berjimat demi masa depan uolsss yea. kuikui ^_^
v. AURAT sangat dititik beratkan dalam bulan-bulan puasa neh. Ye, saya tau laa awok tu HOT, body pun tip-top and rambutnya cantik sangat! Tapi sempena bulan puasa neh bersopan sikit tak salah and tak rugi kan. So cuba laa uolss renung-renungkan okeh :)
vi. Last but not least, sempena bulan yang elok neh apa kata uolsss memperbanyakkan AMAL JARIAH. Bila sebut pasal amal jariah neh tak semestinya solat and etc. Banyak lagi yang boley kita buat. Contohnya uolsss boley laa memperbanyakkan sedekah. Besar ganjarannya tau :) Bukan tu je why not uolsss ringan-ringankan tulang keringat uolsss tu tolong sesapa yang memerlukan pertolongan. Biar kecik pertolongan kita tu tapi besar di mata Allah. Yang penting NAWAITU biar ikhlas ye uolsss ;)
*phewww!*
Habis sudah bebelan aku sementara tunggu jam punch card berbunyi. hiksss! So, dikesempatan ini ingin sekali lagi diri ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan MEJALANI IBADAH PUASA sebaiknya. Semoga Ramadan kali ini memberi 1001 erti buat kita semua, Insyaallah. Kbai!
**Sangat bermakna Ramadan kali ini kerana adanya Mr. Heart untuk menyerikan Ramadan aku. Ya Allah semoga kau selalu mempelihara perhubungan kami ini. Amin! **
*sekadar iklan nak show off kat uolsss juadah berbuka aku sepanjang minggu pertama puasa*
* mee rebus mama. ohsemmm!*
*neh nama dia ikan krai. besauuu wooo! nyumssss!*
* peberet drinks di bulan Ramadan. oh bandung laici! gluppps! hee *
*sekadar iklan nak show off kat uolsss juadah berbuka aku sepanjang minggu pertama puasa*
* mee rebus mama. ohsemmm!*
*neh nama dia ikan krai. besauuu wooo! nyumssss!*
*ayam panggang mama terbaik!*
* peberet drinks di bulan Ramadan. oh bandung laici! gluppps! hee *
-the end-